ditepi tasik membiru dicelah2 tiupan angin petang,
berdiri tegap seorang lelaki separuh baya,
dibangku disisi lelaki itu diam seorang perempuan juga separuh baya
perempuan itu tampak lemah pada tiap perbuatannya,
muka yang pucat putih seakan akan habis sudah darahnya
kerut-kerut didahi mencerminkan sakit yang tidak sedikit
dengan payah perempuan itu tersenyum pada lelakinya
lelaki, si suami membalas senyuman sambil memeluk bahu perempuannya
dengan langkah lambat-lambat mereka melangkah pergi
perempuan separuh baya itu
sedang menikmati hidup dan cinta di persinggahan ini
kerana dia tahu,
entah bila,tapi pasti, akan datang panggilan membawanya rohnya pergi,
dan lelaki yang bergelar suami itu
terserlah ketenangan dan keikhlasan,menjaga cinta hatinya,
dijaganya sepenuh hati sebelum izrail datang memisahkan mereka
cinta lelaki semacam ini,
perempuan akan bawanya sampai mati
juga di dunia abadi....nanti
No comments:
Post a Comment