waktu kau melaung-laung kesakitan,penat atau patah semangat
masih ada yang lebih sakit-penat-patah semangat berbanding kau
cuma dia tidak suarakan
waktu kau bercerita pada manusia-manusia lain
bahawa kau sedang sakit hati-terasa-tak berpuas hati
dengan seseorang
mungkin dia juga mempunyai rasa yang sama
pada kau
cuma dia memilih untuk tidak bersuara
memilih untuk lepas-lalukan segala rasa
waktu kau bercerita tentang semua kelebihan yang kau ada
kekayaan-kepandaian-kebahagian
masih ada yang lebih dan juga kurang berbanding kau
tapi dia memilih untuk tidak bersuara
waktu kau ditimpa masalah,dan kau merauang-menangis susah
masih ada yang punyai masalah yang lebih susah daripada kau
cuma dia tidak mahu katakan sepertimana kau suarakan
dia tidak mahu menyuarakan
bercakap-bercerita banyak-banyak hal2 yang tidak
mendamaikan hati ini..
bukan tidak boleh...
tapi apa yang kau dapat?
kau kekalkan dihati-bercerita-buatkan ianya makin lekat difikiran
apa yang kau dapat?
hati kau juga sakit kan..
manusia boleh meyakitkan hati kau,
tapi itu pun bila kau izinkan ia untuk disakiti
keizinan dari kau.itu yang paling penting
No comments:
Post a Comment