sebenarnya ianya mudah,
tiap kali aku berkeputusan,itu maknanya muktamad
kerana sebelum aku memberikan keizinan atau menolak cadangan
fikiran aku waras memikirkan setiap kemungkinan
aku memikirkan segala
kemungkinan yang mungkin akan terjadi bagi keputusan aku pada waktu itu,
terjadi atau tidak itu bukan hal aku,
Itu kerja Allah yang akan memberi apa yang perlu bagi aku,
tapi sudah tentu aku akan terus menjangka dan berfikir
setakat mana yang DIA izinkan akalku menjangkauinya
berkeputusan membabi-buta bukan cara aku,tidak aku diajar menjadi begitu
Jika aku katakan tidak,ianya memang tidak akan aku lakukan
kau cakap lah apa sahaja ,aku tetap tidak mau laksanakan
kecuali ibubapa atau saudara-mara tersayang bersuara,
meminta aku lakukannya
dan waktu ini,aku akan melakukannya sungguh-sungguh
kerana aku tahu Allah memberi aku 'kesayangan' ini
untuk menemani-menyanyangi dan membantu aku hidup
jika aku katakan ya,aku akan melakukannya
walau seribu manusia,atau separuh dunia melarang
larangan separuh dunia tidak akan mampu melawan larangan ibu bapa ku
ini juga satu keputusan
keputusan ku yang hanya ibubapaku dan tersayang sahaja
dapat mengubah keputusan-keputusan ku
selalunya begitulah hidup aku
seperti mana susahnya aku untuk jatuh suka-sayang pada manusia
seperti itu juga sukar untuk aku membenci manusia-manusia
dan bila aku sudah berkeputusan untuk membenci atau mencintai
itu juga sukar untuk diubah
mungkin...tidak akan mampu diubah lagi
No comments:
Post a Comment