Apa yang pernah diucapkan dulu
dijanjikan padaku itu
dihikayatkan ditaburkan dalam jiwa aku
aku simpan dan akan aku kenang sentiasa
aku akan sentiasa ingatinya
segala yang pernah terjadi
yang terjadi itu, lalu ia mewujudkan kita
aku ingat dan akan terus mengingati
walaupun aku tahu,
yang kau sudah lupa tentang segalanya
yang kau telah lupa tentang aku
dan tentang kita
ianya hanya aku
yang tak akan mampu untuk lupakan yang itu...
dan mungkin,
aku hanya perlu ucapkan tahniah kerana
kau telah berjaya melupakannya...
No comments:
Post a Comment