Aku masih lagi menyimpul sila,
masih tekun mendengar cerita seorang teman tentang
kegilaan dan cinta....ceritanya
.......
................
"walau sudah macam-macam dia lakukan pada aku,
hati aku masih degil untuk terus sukakanya"
seperti selalu,aku akan mendiamkan diri
bilamana cerita-cerita cinta seperti ini, deperdengarkan pada aku
"aku tahu aku bodoh,masih lagi memaafkan dan terus memaafkan
walau berkali-kali aku kecewa dan menangis,
walau bertahun-tahun, aku menjadi seperti separuh mati,bila dia pergi
tapi, waktu dia datang kembali,segala rasa benci hilang begitu sahaja
segala rasa geram amarah,lupus sekelip mata"
tumpuan aku masih pada ceritanya,
walau tanganku tidak henti-henti mengacau minuman di depan muka
"kau tak pernah bercinta kan?kau tak pernah sukakan
manusia gila-gila,so aku tak expect kau faham rasanya ini bagaimana.
Tinggalkannya membuatkan aku separuh mati,
tetapi menerimanya juga tidak menjanjikan aku penghidupan bahagia"
selesai meniup asap putih yang keluar dari cawan,
aku berkata
"Mungkin aku tidak akan faham dan tidak juga mampu untuk
mengubah kau,dia atau perasaan mana-mana satu antara kau,kerana
seperti yang kau kata,aku tak pernah suka pada mana-mana manusia.......
........,Jaga diri kau baik-baik"
.....
.......
Aku tidak pernah suka pada
mana-mana manusia sampai separuh nyawa?
No comments:
Post a Comment