walau
aku jarang bercerita tentangmu,
tidak suarakan rasa,yang aku ingin dekat denganmu
tidak juga selalu mengirim berita
atau bertanya khabar tentang dirimu
aku juga tidak lakukan apa-apa
untuk mendekatkan kita
malah aku juga berlagak yang aku
tidak selalu mengingati dirimu
ya..perlakuanku memang tidak seperti aku 'masih'
tapi,
hati aku enggan untuk lepaskan kau pergi
kerana itu,aku akan ingatimu
sampai aku mati
No comments:
Post a Comment