About Me

My photo
"... Only in the remembrance of Allah can the heart find peace" (Surat ar-Ra'd: 28)
Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

184

Dia: weh,kau ada gitar eh,bila beli,
Aku: orang bagi lah,hadiah bufday,actually aku y paksa dia beli
Dia: kau pandai main ke?,.....
hahahahaha,tak pandai bagi aku lah

sambil terus memberi fokus pada game temple run
aku hanya membiarkan kata-katanya

Dia: tak tahu main,tapi ada  gitar,


"aiyark ,pakcik yang berlari dalam temple run dah langgar pokok dah"


tanpa menoleh,aku berkata tanpa nada dengan perlahan.

Aku: sebelum kau ambik medic kau tahu anatomy tak?
physio? biochem?
sebelum kau beli iphone,ipad,laptop,kau pandai guna tak?
sebelum kau start taking blood,kau tahu tak camne nak buat?
Dia: hahahahahahaha
Aku: kalau kau tahu segala benda sejak lahir lagi,
nak jugak aku salute kau sekarang,
aku memang tak tahu,sbb aku bodoh,dan aku kena belajar
Dia: oii,gurau je weh

setelah menoleh,aku memberikan senyuman 5 saat

Aku: la,aku pun...

actually rasa menyampah sebab konsentrasi bermain hilang.. 

Tuesday, February 21, 2012

160

Hal-hal yang subjektif jangan tanya pada aku

nanti aku mahu bercakap dari pagi sampai malam tentang hal yang subjektif itu
kerana aku boleh bercakap dari semua segi
aku melihat dari mana-mana pandangan sahaja

nanti, aku bercakap banyak
kau cakap aku bipolar pulak

oh,jangan tambah penderitaan
sekarang hidup aku  ini sudah sudah cukup mengilakan 

sudah cukup perit
sampai aku bercakap sorang-sorang
: (

Wednesday, February 15, 2012

158

Ada sesiapa tahu bagaimana caranya,
cara untuk punyai ketenangan dalam semua perkara
tenang dengan kehidupan yang gemilang
tenang ketika hidup sendirian
tenang dimana-mana sahaja,tenang sentiasa

ajari aku,
aku rela untuk belajar sampai hujung usia

: )

Sunday, February 12, 2012

155

Along: nk pergi mana?
Aku: Nak pergi tandas,sebab ada cermin,
nak menyanyi depan cermin
Along: ???? .....gilak

cara manusia mengatasi stress itu berbeza
kan?

Wednesday, January 11, 2012

141

tipu kalau aku cakap aku tak terkesan
dengan segala macam yang sedang terjadi di sekeliling aku kini

tipu kalau aku cakap,
perasaan aku tak berubah walau sikit pun 
bilamana dah bertahun-tahun aku bersama dengan kau
jatuh dan bangkit kembali bersama kau

aku tak menipu
cuma aku menyembunyikan dari pengetahuan kau

kau tak tahu kan,
tapi,takkan kau tak rasa

betul,langsung tak ada rasa?

Thursday, December 29, 2011

136

Peraturan pertama
Don't cross the line

kedua,
Cross it, permanently you'll stay inside it

ketiga
Once you in, you cannot go out anymore

weh..
aku betul-betul maksudkan ni
hahahahaha

Sunday, December 25, 2011

135

menulis adalah terapi bagi sesetengah manusia
atau
cara untuk mengapi-api,diapi-apikan bagi sesetengah yang lain

pilihlah mana yang kamu suka


Thursday, December 22, 2011

134

sudah kau tahu bahawa 
jika kau lakukan begitu, dengan cara semacam itu
dia akan gembira

jadi apa masalahnya?
lakukan seperti kemahuannya
Dan lihat...dia akan gembira.

Apa kau tak gembira bila dia gembira?

hooohooho

Wednesday, December 21, 2011

133

Jika aku perlu menangis-menyesali
cukuplah pada hari ini sahaja

cukuplah sekali sahaja

Friday, December 9, 2011

127

perhatian yang diberikan pada aku
oleh sesiapa pun
sungguh .....aku hargai
aku hargai kalian dan juga aku hargai perhatian kalian

mungkin
mungkin aku yang tidak tahu dengan cara apa
aku patut lakukan bagi mengatakan aku hargai
yang kalian aku hargai

kerana aku percaya
walau kata-kata lebih mudah difahami berbanding perbuatan
tetapi, perbuatan lebih memberi kesan berbanding kata-kata
ini yang aku percaya

aku diajar untuk memberi kembali sesudah menerima
percayalah ...
aku akan kembali memberi andai satu hari nanti kau pula yang perlu menerima
cuma...waktu ini,memang aku yang selalu menerima 

Ah,waktu ini memang begini,.
jadi
tunggu waktu lain,aku mahu membalas tiap kebaikanmu teman

tunggu ya

Sunday, December 4, 2011

125

Pencipta langit,bumi dan semesta alam ini
 mengajar hambanya untuk setia kepadaNYA
melakukan segala suruhan dan meninggalkan yang dilarang

menyempurnakan rukun islam yang 5
dan beriman dengan rukun iman yang 6

mengenali yang Satu dengan nama-nama kesempurnaanNya
dan juga sifat-sifat yang berbilang 20 itu

menjalani kehidupan seharian dan berinteraksi 
berpanduan muamalat islam
berhukum dengan syariah dan ilmu feqah

islam itu bukan kepercayaan beragama semata
Ia adalah cara hidup yang lengkap

dan ia meliputi segalanya

Thursday, December 1, 2011

124

Bila kau sudah lakukan segalanya 
dengan 
keikhlasan,cara dan pendekatan yang betul,bersungguh-sungguh
tanpa ragu-ragu,memberi segalanya untuk mendapat balasan yang sewajarnya

namun
dia si manusia idaman-kejayaan-kegembiraan-kekayaan-lulus exam
atau apa-apa sahaja yang selalu dicitakan manusia
tidak menjadi milik kau

ianya memang tidak tertakdir untuk menjadi milikmu

dan (sakit-kecewa-kesal-sedih) hati
hanya mampu diubati dengan 
redha dan percaya dengan keadilan Yang Esa

Yang maha Adil
 Al `Adl, العدل


Saturday, November 26, 2011

121

Jika memang tiada langsung keinginan untuk 
campur tangan dalam beberapa perkara itu 

nyatakan dan pertahankan

tidak kira sekuat mana,atau seberapa banyak kali mana pun
mereka mencuba untuk drag you in 

kamu masih boleh pertahankan

kalau betul-betul mahu,

susah ....
takkan jadi alasan


Thursday, November 24, 2011

120

.....aku belajar menaruh hormat kepada orang 
yang menegakkan martabatnya dengan cara membuktikan dirinya sendiri

bukan 
dengan membangunkan fikiran negatif  tentang orang lain.

Lalu aku berfikir, seumpama catur hidup sedikit sebanyak 
bak reaksi atas pilihan sulit yang silih berganti
mem-fait accompli manusia

dan
alasan selalu lebih mudah dilupakan berbanding akibat

page246- from cinta didalam gelas

note:
wahyu pertama di Gua hira' adalah saranan untuk membaca
maka,lebih bagus kiranya
yang tiap dibaca,difahami,dijadikan iktibar dalam penghidupan

kan?

Monday, November 21, 2011

119

impossible untuk merubah seseorang 
yang memang tidak ada sedikit pun rasa untuk berubah

dan kerana itu
kerana itu aku hanya tinggalkan dia sendirian,

satu hari nanti bilamana dia 
tahu yang dia sedang melakukan kesilapan dan mahu memperbetulkannya

aku akan selalu sedia untuk 
menjadi peneman untuk sepanjang perjalanan
menjadi teman sedayanya aku

wake up buddy,
dah terlalu lama kau bermain-main
dengan 'manis'nya dunia dan juga dosa

Monday, November 7, 2011

105

ya.
aku setuju untuk lakukan
dengan cara yang sehabis baik
dari permulaan lagi

niat yang baik,tidak akan
menghalalkan cara yang haram

tak yah tanya banyak..
memang macam tu aturan Tuhan

Monday, October 31, 2011

99

Aku rasa seseorang perlu menegur aku
supaya bercakap dengan lebih sopan

siapa?

Hell if I know...

Ya...kan?

persekitaran masih akan berjaya merubah manusia-manusia
yang tetap pendirian,

dan perubahan itu berlaku dengan sangat perlahan
sehingga kau juga tidak menyedari

yang kau telah merubah menjadi yang lain
...

98

Berapa ramai teman kau yang kau percayai ?
Berapa ramai yang akan terus kekal disisi ?
Berapa ramai insan-insan kesayangan yang memahami ?
Berapa ramai kenalan yang dapat memahami rasa dihati ?

ada kau miliki manusia-manusia seperti ini?

Allah itu memenuhi segalanya,
Jadi....berkongsi,meminta,bergantung harapan padanya

nescaya,hati kau tidak akan kecewa

So...apply and get used to it

96

sama ada perbuatan aku berkait dengan insan lain atau tidak
semuanya bersebab

dan jika berkaitan dengan manusia lain,
aku harap manusia lain itu dapat mencari sebabnya
dapat memahami kenapa

aku harap ,bukan aku mahu

jika mereka tidak faham,atau tidak mahu mencari sebabnya

aku...tidak apa-apa
aku tidak akan memaksa,walaupun aku dapat sebenarnya

memaksa..............itu bukan caranya
kan??

95

aku percaya yang semua benda terjadi bersebab
dan aku juga percaya yang manusia
itu melakukan sesuatu baik-buruk juga bersebab

dan aku tidak perlukan kau untuk percaya
sepertimana aku percaya sekarang

dan ini juga aku punya sebab kenapa....

dan yang ini...
titik