aku telah menjadi saksi pada satu percintaan
yang entah bagaimana ianya bermula
aku adalah saksi yang menyaksikan
bagaimana dua hati manusia itu, bersatu menjadi satu
aku juga menjadi saksi musnahnya percintaan itu
apa pun alasan pada musnahnya cinta itu
yang aku tahu kini,
ianya adalah takdir Tuhan yang mahukan
ianya hanya sampai disitu
dan aku juga menyaksikan
bagaimana perempuan yang lemah pada sifatnya itu
bangkit dan menggunakan sehabis daya
untuk melupakan segalanya tentang lelaki kesayangan
lelaki yang datang dan pergi begitu saja itu....
saat itu kalau aku ,
kalau aku terjumpa lelaki itu di mana-mana sahaja,
aku mahu tampar mukanya sekuat hati
dan terus berlalu pergi
itu niat aku dua tahun lepas,
dan dua tahun lepas itu tidak pernah sekalipun
aku dan lelaki itu terserempak,
tidak pernah walau sekalipun
selepas dua tahun,
kalau aku jumpa lagi lelaki itu,
aku tidak buat apa-apa lagi,
tidak juga akan memandang walau sedikit pun,
aku cuma akan berkata perlahan tanpa sebarang nada,
hoi lelaki,kau tidak pernah tahu kan?
tidak akan ada lagi mana-mana perempuan yang akan menyintai kau
seperti kawan aku yang satu itu,
kelilinglah satu dunia,yang ada cuma dia satu sahaja
No comments:
Post a Comment