About Me

My photo
"... Only in the remembrance of Allah can the heart find peace" (Surat ar-Ra'd: 28)

Saturday, October 29, 2011

93

selesai mandi,kemas-kemas katil susun selimut dan
beberapa binatang yang mendiami katilku

aku buka buku,
aku selak sampai di tajuk 'acute abdomen"
dan aku baca baris pertama

oh...aku belum sarapan,
selesai menjerang air,satu sudu vico+1 sudu madu,
aku kacau perlahan-perlahan dengan sudu plastik

selesai minum,aku mula membelek-belek gelas berbelang itu
mengingati hari pertama aku membawa gelas itu pulang
bila aku teringatkan
kerana apa aku memilih gelas itu?
(aku senyum sendirian)

seketika kemudian,
aku kedapur membasuh gelas,tangan yang basah aku lap ke baju kawan aku
yang sedang membaca di meja makan

kemudian aku duduk di depan buku,
buku yang menulis tentang acute abdomen itu,
aku baca baris yang kedua

aku pandang keluar rumah,
langit seakan-akan mahu hujan,
lantas aku bangun mengangkat kain di jemuran,bawa masuk kedalam bilik
letak atas katil

kemudian aku keluar,menghadap buku
dan
membaca baris yang ketiga,

oh...dah tengahari,
kami satu bilik keluar makan di asam pedas,
balik dari makan,solat zohor dan bersembang

petangnya jogging keliling tasik,malam makan lagi,
gosip-gosip dan membaca buku sastera
kemudian tido

hari ini apa yang aku dapat??
3 baris mengenai acute abdomen

cuti memang disaster kan hidup aku

hidup kau macam mana??
sama tak dengan aku..
haih

No comments: